Monday, April 23, 2012

tiada bukan bererti hilang

tiada bukan bererti HILANG......ADA  bukan bererti baru....alamak falsafah nyeeee..hheeee^^macamana la boleh ditinggal lama begini???????hehe...semua adalah masa...Masa
amat mencemburui saya..sangat-sangat^^..apapun blog ini tetap wujud bagi semua my pecintaseni....

Sunday, April 25, 2010

BENGKEL KERJA KURSUS PSV 2010



Amboi2....pantang jumpa camera...misti nak posing..saya di mana?hehe...saya di belakang camera...

Apa yang paling cantik diantara itu... Mestilah kipas yang berwarna OREN tu....

cikgu-cikgu pendidikan seni yang memang memberi penumpuan 110%..chaiyok2

Mengantuk ke mengelamun.....hehehe

Hj Rosman SMK Taman Daya 1 memberi penerangan berkaitan bengkel 2611/3

Sebenarnya bengkel kerja kursus ni da lama diadakan iaitu pada 23.3.2010..khas untuk semua cikgu-cikgu Pendidikan Seni daerah P.Gudang Johor.di SMK Taman Daya 1, tapi baru sekarang saya dapat upload citer n gambar-gambarnya...yela kekangan masa dan keadaan yang tidak berapa mengizinkan...Alhamdulilah selain dapat berjumpa ngan geng-geng seni dapat juga bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam memantapkan Pengajaran dan pembelajaran untuk anak-anak didik sekelian...

Monday, April 12, 2010

KERJA KURSUS SPM 2010

Perubahan kereta lama ke kereta baru oleh Meor 5 Cergas

lukisan oleh Amirul Amree 5 cergas 2010

Lukisan realistik dari Meor 5 cergas 2010

lukisan realistik kereta daripada pelajar 5 cergas 2010

Em....lately ni agak sibuk sikit...tak de masa nak upload berita terkini...em...sekarang ni pelajar-pelajar cikgu tingkatan 5 sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus masing-masing...Ciannyer...takpelah..kalo anak-anak seni cikgu rajin ..harapan dan doa cikgu amat besar..untuk mencapai keputusan yang baik dan kalo boleh kepenatan itu berbaloi dengan mendapat keputusan yang cemerlang..Amin...doakan ye..moga-moga kepayahan itu berbaloi..Insya Allah.. Tiada apa yang lebih mengembirakan hati cikgu...cuma anak-anak semua sentiasa mendengar kata..dan melaksanakan tugasan yang diberi...bukan untuk cikgu tapi untuk diri sendiri... percayalah....

Friday, February 26, 2010

LAMA MENGHILANG...I'M BACK...

Lama betul tak upload apa2 kat entry ni... rasa cam hidup kembali jek... skarg budak2 SPM da dapat soalan kerja kursus... em jadi ada sket busyla... heeheehee... ALASAN.....Ngehngehngeh...Sebenarnya agak busy skag ni menguruskan hidup sendiri... hihihi... apa-apapun hidup perlu diteruskan.... CHAIYOK-CHAIYOK...Sebenarya.. budak-budak SPM ni saya da pilihkan tajuk untuk kerja kursus..mula-mula pikir cam nak buat batik untuk alas meja dan ukiran kayu... untuk kelas 5 Cergas la... tapi...pikir nye pikir... cam nak wat kereta masa hadapan... produknya tak lah besar... yang lain-lain saya pilihkan tajuk logo... Amacam all my student? OKllllaaaa... Hopefully my student agree.. lagipun ikut kemampuan cikgu kan...kalo cikgu ni sakit cemana????Insya Allah.. jika diizinkan kudrat yang cikgu ada ni.. cikgu akan bantu yang mana memerlukan..cikgu umpama lilin yang membakar diri menerangi yang lain...moga-moga suatu hari nanti anak-anak didik cikgu menjadi manusia yang berguna satu hari nanti...Kita akan buat sehabis baik ye anak-anak....

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada semua umat Islam yang membaca ruangan saya ini.. Kepada pelajar-pelajar cikgu yang mengenali cikgu.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Halalkan apa yang telah cikgu ajarkan selama ini... Manalah tau kita ni manusia biasa, tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apa-apapun selamat menyambut aidilfitri yang akan tiba... raya...raya juga SPM jangan lupa..moga-moga semua pelajar cikgu beroleh kejayaan. Insya Allah.

Tuesday, August 11, 2009

HIASAN DALAMAN PART 2












Ini ada lagi beberapa gambar hiasan dalaman yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan 4 kelas saya iaitu 4 patuh dan 4 cergas. Hari ini sebenarnya saya mengajar landskap persekitaran tapi mamandangkan ramai yang tidak bawa peralatan untuk menyiapkan model landskap persekitaran tersebut menyebabkan saya rasa sungguh-sungguh kecewa. Dengar tu 4 Patuh... takkan le ari-ari cikgu nak marah...kalo awak tak suka dimarah jadi pandai-pandai le jaga hati cikgu ni..kang kalo cikgu dah tak nak ajar langsung kat kelas awak atau wat aje nota sehingga akhir tahun nanti baru awak rasa. Cikgu marah sebenarnya bersebab. nanti jangan marah pulak kalo cikgu masukkan gambar-gambar hasil kerja 4 cergas atau 4 pandai kat blog cikgu ni...gambar-gambar hasil kerja dari kelas awak cikgu tak akan masukkan. Cemana tuh? Cemana nak masukkan kalo semuanya malassss.Adale beberapa kerat jer yang ok. jadi tak de le apa2 ye anak2 semua.....jangan jelous lak yer...daripada pemerhatian cikgu...kelas 4 patuh ni bukan tak boleh buat.. Boleh tahan jugalah kalo hasilkan sesuatu. Berseni.. bukan tak berseni...kreatif bukan tak kreatif tapi......malangnya...penyakit malas paling banyak sekali.Macamana agak2 nak pupuk minat anak2 ni kat seni...yang penting minat... kalo pandai lukis, kreatif tapi malas pun tak guna gak. buat habih boras jek. Minat boleh dipupuk...dengan sedikit kemahiran, tunjuk ajar, banyak buat rujukan, sentiasa berlatih untuk lebih maju. Itu sebabnya ada cikgu.. sebagai pemudahcara bagi pelajar-pelajar semua. Moga-moga pelajar-pelajar cikgu semua akan berubah suatu hari nanti. Insya Allah....Sebenarnya gambar ni tak ada kaitan pun ngan cerita ni...ini semua untuk meluahkan perasaan sebagai seorang cikgu...apa-apapun nikmatilah seadanya gambar-gambar ni ye..

Monday, August 10, 2009

Arca / Ruang






Beberapa hasil yang telah siap

Sebahagian ekor ikan yang telah siap digantung.


Ikan yang telah siap dibentuk di gantungkan dengan benang ke dalam kotak kasut. Pastikan kotak kasut teresebut telah digamkan gambar latar belakang.

Bahan-bahan yang diperlukan: beberapa ekor ikan yang telah dibentuk dengan kertas keras, benang, jarum, gunting, gam, kotak kasut, gambar pemandangan, batu, ranting dll.

Ini adalah hasil pengajaran dan pembelajaran bagi tingkatan 1. Saya buat bagi tajuk arca mobail. Ini juga boleh dijadikan bagi tajuk "Ruang". Pelajar-pelajar ini macam biasa akan di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkan sebuah arca yang dikehendaki. Tajuknya adalah hidupan di dalam aquarium atau laut...terpulang kepada bahan-bahan yang dibawa...jadi bolehlah nengok yee....