Friday, July 17, 2009

CERITA STUDIO SENI PART 1

Yang mana satu pelukisnye ni? Cuba teka...lefthanded or righthanded...

Inilah studio seni sebelum di transformkan....tunggu ye cerita studio seni part 2

Ni nak lukis ke nak control cun...Farid wat ape tuh? Cam kaku je pegang berus...

Khusyuk betul melukis, sampai cikgu datang mik gambo pun tak perasan.... he2, rajinnye...

Di sini ada beberapa gambar kerja-kerja menaiktaraf studio seni di sekolah saya. Al maklum asyik menceriakan kawasan sekolah sampai studio seni pun tak ceria. He..he..Saya tidak dapat nak ambil gambar sebelum studio ini diwajah barukan.. Di cat semula. Baru nak ambil wajah lama studio ini tau2 dah dicat keseluruhannya..Adalah beberapa mural lama yang saya buat tapi oleh kerana da dicat kesemuanya, maka tak dapatle nak kongsi ngan anda semua. Inipun saya tak abis lagi nak ceriakan wajah studio ni sebab sekarang ni pun dok tengah pulun kerja kursus SPM, takut2 nanti student2 saya menceriakan lagi studio yang da sedia ceria ni..kalo saya da solekkan studio ni nanti saya akan cuba sedaya upaya akan terbitkan dalam blog ni ye.. Anyways thanks kat all student form 4 2009 yang bertungkus lumus mengecat studio ini. Nanti teacher belanja ye...

Thursday, July 16, 2009

Aktiviti Seni











Sebenarnya pameran dan bengkel seni ni telah diadakan sebelum cuti dan peperiksaan pertengahan tahun yang lepas... Pelajar-pelajar politeknik Pasir Gudang telah membuat beberapa pameran dan bengkel di sekolah saya...tapi saya baru nak update..almaklum,baru wat blog kan paham-paham jela...lagipun skrang nipun tengah pulun suh pelajar-pelajar siapkan kerja kursus atau folio SPM.. Amacam cikgu2 kat luar sana? Mesti sama gak cam saya...Kalau ada kesempatan saya akan update pulak cerita pelajar dan folio SPM tahun ini di blog baru ni. Macam nilah tugas seorang guru..sentiasa membakar diri menerangi yang lain.. Alhamdulilah..inilah tugas yang paling mulia dan paling mencabar dalam mendidik anak-anak bangsa..Jadi..disini ada beberapa gambar yang harus anda semua lihat..

Tuesday, July 14, 2009

Salam Perkenalan.....

Selamat datang kepada pengunjung blog ini dan pada mereka yang memang berminat dalam seni..ucapan terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya.. harapan saya supaya blog ini dapat memberi sedikit info kepada anda... dan moga-moga ia memberi kebaikan kepada kita semua...Insya Allah. Segala yang baik datang daripada Allah, yang buruk adalah dari dari hambanya..Kita semua..Renung-renungkan dan selamat beramal ( macam pernah dengar je ayat ni ) Apa-apapun kita layan...zasssss.