Saturday, August 8, 2009

Hiasan Dalaman

Ariff dan haziq 4 Patuh
Aisyah, Syahirah, liana, Defi 4 Patuh

Bilik tidur idaman Hasmira...

Ruang tamu rumah ala Barat... Hanif n da geng 4 cergas

Ni ruang tamu orang bujang ye... Meor dan Fadzrul

Inilah antara beberapa hasil karya pelajar-pelajar saya tingkatan 4. Hiasan dalaman. Mereka ni buat kerja secara berkumpulan, saya bagi tajuk hiasan dalaman bagi ruang tamu atau bilik tidur. Alhamdulilah kebanyakannya dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Sejuk perut cikgu melihatnya...Banyak jugalah tenaga serta wang ringgit yang dilaburkan bagi menyiapkan produk seperti yang dijanjikan. Saya cuma berikan mounting board, pisau, gam uhu... yang lain-lain di tanggung semua oleh pelajar secara berkumpulan. Yelah... bukan senang sekarang ni nak memberi tugasan yang mencabar ni.. kalau tak kena gayanya mau semuanya tak akan ikut kata cikgu. Semua anak-anak yang soleh dan solehah... mungkin apa yang dipraktikkan pada hari ini akan membantunya pada hari kemudian. Saya selalu nasihatkan pelajar-pelajar saya agar menerima apa yang cikgu ajarkan di tingkatan 4 supaya pada pembelajaran tingkatan 5 nanti mereka tidak teraba-raba...dalam kegelapan..Harap-harap pelajar cikgu yang cikgu sayang tak akan menghampakan harapan cikgu..Yela bukan senang apabila naik tingkatan 5 nanti mereka bukan buat secara berkumpulan malah secara individu. WAJIB dan perlu dihantar semua kerja kursus kertas 3. Untuk itu..sekiranya mereka ini malas sudah tentu akan menyesal kan... tak gitu... Hidup ini umpama roda...kadang2 kita kat atas kadang2 kita kat bawah...Bangkitlah anak2 sekalian..Mata pelajaran ini senang untuk score A kalau kena jalannya... Cikgu akan sentiasa membantu semua pelajar2 cikgu cuma kekadang ada segelintir pelajar ni lupa dan alpa...

No comments:

Post a Comment